Cabaran Sihat Ramadan

22 Februari 2026 | Aktiviti Terkini

PUTRAJAYA, 21 Februari 2025 – Sepanjang bulan Ramadan ini, NADI seluruh Malaysia membawakan Cabaran Turunkan Berat Badan 21 Hari khas untuk orang ramai yang ingin mengamalkan gaya hidup sihat secara konsisten dan selamat, di samping berpeluang me-menangi pelbagai hadiah menarik.

Program yang dianjurkan bersempena Ramadan ini memberi fokus kepada amalan pemakanan seimbang, aktiviti fizikal yang bersesuaian ketika berpuasa serta pemantauan kesihatan secara berterusan. Setakat ini, seramai tiga orang peserta telah mendaftar untuk menyertai program berkenaan.

Sebanyak 20 hadiah menarik menanti para peserta yang berjaya menyahut cabaran tersebut. Antara hadiah utama yang ditawarkan ialah jam pintar Huawei Watch D2 berserta Pelan Pen-jagaan Obesiti selama enam bulan.

Selain itu, peserta juga berpeluang memenangi Wellness Box yang mengandungi peranti kesihatan seperti alat tekanan darah dan glukometer berserta Pelan Penjagaan Obesiti selama enam bulan, serta Penimbang Pintar lengkap dengan Pelan Penjagaan Obesiti untuk tempoh yang sama.

Penganjuran cabaran ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada masyarakat untuk me-manfaatkan bulan Ramadan sebagai titik permulaan ke arah perubahan gaya hidup yang lebih sihat dan berkekalan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas